Friday, November 8, 2013

Home Made Empire Cookies

Kepakaran saya ialah membantu anda menikmati home made cookies yang enak sepanjang masa tanpa perlu menunggu hari perayaan.


Projek ini tercetus hasil dari idea ummi saya yang mencari apa perlu dilakukan selepas pencen. Biasalah. pensyarah dah biasa sibuk jadi mesti kekok nak duduk diam je di rumah nanti.

Bila saya kenang balik zaman kecik memang ummi sangat rajin buat biskut. Setiap kali nak raya saya dan kakak-kakak sibuk tolng ummi buat biskut raya. Kadang-kadang bukan tolong pun. Macam mengacau pun ada..hehe. Dari tart, conflakes, kuih gunting (ada pengalamn pahit. next post saya cerita)  dll. Tapi yang biasa jadi kegemaran anak-anak ummi mestilah chocolate chips ummi. Buat 1 tupperware paling besar pun sekejap je habis. Penah satu tahun tak sempat nak raya, choclate chips dah habis. Kena la buat lagi untuk bawak balik kampung pula. hehe. Maaf ye ummi. I love you!

Jadi dengan lafaz Bismillah saya akan mulakan proses baking cookies dengan ummi. Doakan urusan kami dipermudahkan. See you next time semua.

Semoga Kita Kaya dan Berjaya di Dunia Serta Akhirat.

No comments:

Post a Comment